Jurgen Klopp Foto Kredit: REUTERS/Phil Noble/File Photo

LONDON – Jurgen Klopp melahirkan rasa kecewa selepas badan pengadil profesional iaitu Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) mengesahkan jaringan awal Luis Diaz yang dibatalkan pengadil sebenarnya tidak tepat kerana pemain itu tidak offside.

Malah, keputusan pengadil melayangkan dua kad merah turut mengundang kritikan Klopp yang menganggap ia tidak adil bahkan penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) juga tidak membantu.

PGMOL yang membuat kenyataan itu selepas aksi berkenaan turut meminta maaf kepada Liverpool yang menyaksikan Tottenham Hotspur meraih kemenangan 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.

“Apabila kami melihatnya, kami fikir ‘itu bukan ofsaid’. Mereka (pertahanan Hotspur) membuat garisan yang salah.

“Ia sangat sukar untuk menanganinya. Saya kini agak tenang, dan semasa perlawanan kami benar-benar tenang. Degupan jantung anda boleh cecah 160-180…dan anda lihat itu, dan kad merah dan kad merah seterusnya dan ia memang sukar,” kata Klopp selepas aksi itu.

Selain itu, pengurus yang berasal dari Jerman itu mengkritik keputusan pengadil yang melayangkan kad kuning kedua kepada Diogo Jota sekali gus Liverpool terpaksa beraksi sembilan pemain selepas Curtis Jones turut dibuang padang sebelum itu.

“Bagaimana Jota dalam permainan ini boleh keluar padang dengan dua kad kuning, yang pertama dia hampir tidak menyentuhnya dan pastinya ia tidak salah.

“Itulah masalahnya. Kami mempunyai begitu banyak perkara, bilakah kali terakhir anda mendengar permainan dengan 11 lawan 9? Dan kami hampir dengan 11 lawan 8! Tidak ada kesalahan yang mengerikan,” katanya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast