Serpihan senjata yang ditemui di luar bangunan Kementerian Luar Negeri Turkiye. Foto media sosial

ANKARA – Kejadian letupan di luar bangunan Kementerian Dalam Negeri Turkiye di sini disahkan sebagai adalah “serangan pengganas”, kata menterinya.

Dua penyerang tiba dengan sebuah kenderaan komersial sekitar 9:30 pagi dan melakukan serangan itu hingga mencederakan dua kakitangan, kata Ali Yerlikaya.

Yerlikaya berkata, seorang penyerang meletupkan dirinya di hadapan sebuah bangunan kementerian dan seorang lagi berjaya”dineutralkan”.

Letupan berlaku hanya beberapa jam sebelum Parlimen dijadualkan bersidang semula.

Tidak jelas siapa penyerang.

Setakat ini tiada siapa mengaku melakukan serangan tersebut.

Media tempatan melaporkan bunyi tembakan yang kedengaran di kawasan itu.

Perkhidmatan kecemasan bergegas ke tempat kejadian, dengan polis menghalang beberapa jalan di sekitarnya.

“Perjuangan kami akan berterusan sehingga pengganas terakhir dineutralkan,” tulis Yerlikaya di media sosial.

Dalam pada itu, polis Ankara berkata, ia sedang melakukan “letupan terkawal” bagi bungkusan yang mencurigakan untuk mengelakkan letupan lain.

Presiden Recep Tayyip Erdogan dijadual berucap pada pembukaan sidang Parlimen pada hari Ahad.

Parlimen Turki dijangka meratifikasi kemasukan Sweden ke dalam NATO semasa sesi musim luruh.

Turki telah menggugurkan bantahannya terhadap permohonan Sweden pada bulan Julai, setelah menentangnya selama berbulan-bulan kerana ia menjadi tuan rumah militan Kurdish.

Militan, terutamanya dari Parti Pekerja Kurdish yang diharamkan Turkiye sering melakukan serangan di seluruh negara.

Kumpulan itu telah mendapat tekanan hebat oleh pihak berkuasa, yang telah memenjarakan para pemimpinnya dan menjalankan operasi ketenteraan terhadap pangkalan Kurdish di dalam Turkiye dan merentasi sempadan di Syria dan Iraq. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast