Gambar Hiasan

BAYAN LEPAS – Empat individu ditahan berasingan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Barat Daya kerana terlibat menjadi ‘keldai akaun’ dalam kes berbeza di sini.

Dalam kenyataan, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya berkata, seorang warga emas wanita an berusia 72 tahun diberkas selepas disyaki menjadi ‘keldai akaun’ dalam sindiket pinjaman wang tidak wujud.

Mangsa seorang wanita berusia 33 tahun bekerja di klinik telah membuat beberapa transaksi pemindahan wang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,745.

Manakala seorang lelaki juga ditahan kerana disyaki menjadi ‘keldai akaun’ dalam sindiket macau scam yang menyamar sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan polis.

Mangsa dikatakan telah membuat satu keterangan palsu berkenaan Covid-19 dan telah
disambungkan ke pihak polis dari IPK Sabah.

Mangsa merupakan seorang pesara wanita berusia 67 tahun telah membuat (24) transaksi pemindahan wang ke dalam beberapa akaun berasingan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,911,270.160.

Sementara itu, seorang gadis berusia 19 tahun dicekup kerana disyaki menjadi ‘keldai akaun’ dalam sindiket penipuan pinjaman tidak wujud yang diiklankan melalui carian google.

Akibat penipuan itu, angsa merupakan seorang lelaki berusia 21 tahun, bekerja sebagai kerani telah membuat 16 transaksi pemindahan wang ke dalam beberapa akaun berasingan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM14,840.

Dalam pada itu, seorang lelaki berusia 24 tahun ditangkap setelah disyaki menjadi ‘keldai akaun’ dalam sindiket memperdaya mangsa dalam urusan tawaran kerja dari pihak Happy Buy yang menjanjikan pulangan keuntungan tidak wujud.

Mangsa merupakan seorang suri rumah, 30, telah membuat 12 transaksi pemindahan wang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM8,050.

Kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan. – MalaysiaGazette