Shamsudin.

BALING – Dua lelaki direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas di rumahnya di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kedua-dua suspek berusia 23 dan 25 tahun itu direman bermula hari ini sehingga 7 Oktober ini.

“Siasatan juga mendapati kaki, tangan serta leher mangsa dijerut menggunakan kain pelikat dipercayai milik mangsa sendiri.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Shamsudin mengesahkan siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada kesan pecah masuk namun barang kemas mangsa iaitu seutas rantai, sebentuk cincin yang dipakai serta dompetnya tiada.

“Semakan mendapati rumah mangsa tidak dilengkapi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) namun semakan CCTV rumah jirannya mendapati dua suspek lelak tidak dikenali menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna keluar dari rumah berkenaan.

“Susulan itu kita menahan dua lelaki di kawasan Kuala Ketil dan berdasarkan siasatan awal pihaknya percaya kejadian tersebut bermotifkan samun.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan proses bedah siasat akan dilakukan hari ini,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Warga emas mati dibunuh selepas kena samun

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast