KUALA LUMPUR – Empat sekeluarga yang yang gagal dihubungi selepas bercuti di Pulau Perhentian di sini pada hujung minggu lepas dilaporkan telah ditemui.
Menantu kepada Suraidah Abdul Ghani, 52, berkata, dia kini dalam perjalanan dari Terengganu menuju ke Kluang, Johor untuk menarik semula laporan polis yang dibuat.
“Bahawasanya kes sudah selesai. Tanpa bantuan anda siapalah saya.
“Sekali lagi ucapan ribuan terima kasih bg semua yang membantu, mendoakan, menyampaikan. Semoga Tuhan membalas jasa baik dan niat murni tuan2 semua.Alhamdulilah Syukur,” kata pemilik Facebook yang menggunakan nama Ah Pek.
Dua anak Ah Pek dan adik iparnya bersama ibu mertua bercuti di Pulau Perhentian.
Terdahulu, seorang pemilik akaun Facebook, Ahmad Nazrul berkata, kereta Proton Saga yang dinaiki emoat beranak itu ditemyi di sebuah kedai makan di Kluang.
Namun, apabila sahabatnya ke kedai tersebut, kereta yang dinaiki empat beranak itu sudah tiada.
Pemilik kedai telah mengesahkan empat beranak itu ada berhenti dan makan di kedai tersebut dan seorang lelaki dipercayai salah seorang yang hilang dalam kes ini iaitu Aiman Rafee telah menbayar makanan yang mereka makan.
“Alhamdulillah mereka telah disahkan selamat tiba di rumah mereka di Kluang Johor. Ahli keluarga mereka dari Johor yang datang ke Terengganu pagi tadi sekarang sedang dalam perjalanan pulang ke Johor.
“Mereka telah berhubung dengan saya. Diharapkan tiada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Empat sekeluarga dikhuatiri hilang selepas bercuti di Pulau Perhentian