Abdullah satu-satunya yang selamat dalam nahas kemalangan jalan raya 1 September lalu.

KUALA LUMPUR – Satu-satunya mangsa yang selamat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan enam beranak di Jalan Segamat – Kuantan baru-baru ini sudah mula menunjukkan perkembangan positif.

Abdullah Amir Ruddin, 15, kini sudah mula mahu memakan bubur.

Perkara itu dimaklumkan abangnya, Abdul Rahman yang berusia 19 tahun.

“Alhamdulilah satu keajaiban Allah tunjuk, Abdullah sudah mula makan bubur dan sudah mula isi perut. Doakan Abdullah semoga cepat sembuh ya,” tulisnya menerusi TikTok.

Remaja tersebut turut berkongsi gambar terkini adiknya.

Abdullah sebelum ini dilaporkan kritikal sejak hari kemalangan pada 1 September lalu dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat, Johor.

Sebelum itu, empat adik-beradik Abdul Rahman meninggal dunia akibat kemalangan  setelah kereta Perodua Alza yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori.

Turut maut ibu dan bapa kepada remaja tersebut.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Jenazah enam beranak selamat dikebumikan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast