Keadaan bas di lokasi kemalangan berhampiran Venice.

VENICE – Sekurang-kurangnya 21 orang termasuk dua kanak-kanak maut selepas sebuah bas terhempas dari jejambat berhampiran bandar ini dan terbakar.

Kejadian itu berlaku selepas bas melanggar penghadang dan terjunam berhampiran landasan kereta api di daerah Mestre, yang disambungkan ke Venice melalui jambatan.

Antara yang maut ialah lima warga Ukraine, seorang warga Jerman dan pemandu Itali, kata pengawas bandar, Michele Di Bari.

Bas itu telah disewa untuk membawa pelancong antara Venice dan tapak perkhemahan di daerah Marghera berdekatan.

Kejadian berlaku kira-kira 7.45 malam waktu tempatan semasa bas itu dilaporkan membawa pelancong pulang ke tapak perkhemahan.

Beberapa laporan mendakwa bas yang menggunakan bahan api gas metana telah terjatuh atas talian elektrik dan terbakar.

Menteri Dalam Negeri Matteo Piantedosi memberi amaran jumlah kematian mungkin meningkat.

Namun punca nahas masih belum diketahui.

Sekurang-kurangnya 18 orang diketahui cedera, lima daripadanya parah. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast