KUALA LUMPUR – Setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam insiden tembakan rambang di Siam Paragon Mall, Bangkok, Thailand semalam, kata Kementerian Luar Negeri.

Menurut laporan awal, seorang lelaki bersenjatakan pistol telah melepaskan tembakan rambang yang telah meragut dua nyawa dan mencederakan lima orang yang lain.

Penembak rambang tersebut juga dilaporkan telah ditahan oleh pihak berkuasa di tempat kejadian.

Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok di butiran seperti di bawah:

Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok
Kronos Sathorn Tower
Level 17, 46 North Sathorn Road, Silom, Bang Rak
Bangkok 10500
Tel: +66-2340-5720
+66-2340-5731 / 5732 (hal-hal konsular)
+66-87-028-4659 (untuk kecemasan)
Faks: +66-2340-5721
Emel: [email protected]

Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette

Lelaki bersenjata ditahan di pusat beli-belah Paragon