SINGAPURA – Kos sijil untuk memiliki kereta bagi keluarga besar di Singapura telah melonjak ke satu rekod tertinggi baharu sebanyak S$146,002.
Negara ini telah memperkenalkan sistem sijil kelayakan (COE) 10 tahun pada 1990 sebagai langkah anti-kesesakan.
Bakal pemilik kereta di Singapura mesti mempunyai COE supaya boleh membeli kenderaan.
Sijil ini dijual dalam lelongan setiap dua minggu, bagi mengawal bilangan sijil yang boleh dijual.
Dengan cukai dan duti import, sistem itu telah menjadikan Singapura negara paling mahal di dunia untuk membeli kereta.
Contohnya, Toyota Camry Hybrid standard baharu berharga sekitar S$250,000 di Singapura, termasuk kos COE dan cukai.
Harga ini kira-kira enam kali lebih mahal daripada di Amerika Syarikat.
Terdapat pelbagai jenis COE untuk kereta kecil, motosikal dan kenderaan komersial.
Harga COE telah mencecah paras tertinggi selama beberapa bulan berturut-turut selepas pemulihan pasca-pandemik yang mendorong kenaikan permintaan dan menjelang kerajaan memotong rebat untuk sijil tahun depan.
COE terendah untuk sebuah kereta berharga S$104,000, meningkat hampir tiga kali ganda sejak 2020 apabila permintaan untuk kereta baharu berkurangan semasa wabak tersebut.
Kategori yang dipanggil “Terbuka”, yang tidak mempunyai sekatan ke atas kereta mana ia boleh digunakan, juga mencecah rekod tertinggi S$152,000.
Dengan harga ini, rakyat Singapura dengan purata gaji kira-kira S$70,000, sukar untuk membeli kereta.
Namun, kerajaan lebih menggalakkan penduduk menggunakan sistem pengangkutan awam, yang telah disenaraikan sebagai antara yang terbaik di dunia. – Agensi