Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

BENTONG – Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dinasihati memilih wakil rakyat yang boleh berjemaah di masjid dan mencontohi akhlak Rasulullah S.A.W dalam kepimpinan.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Othman berkata, sebagai pemimpin Islam, wakil rakyat juga mampu menunjukkan akhlak yang baik kepada masyarakat.

”Untuk menyatupadukan umat Islam bermula di masjid. Pilihlah  memimpin cara Rasulullah, mendahulukan agama, yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat, bukan dunia sahaja.

”Contohnya pemimpin yang tak Islam kita berjaya Islamkan .Di Mekah dan Madinah akhirnya semua Islam, yang kaya masuk Islam,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Menurut Abdul Rahman, kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W merupakan kepimpinan terpuji dan perlu diserapkan dalam setiap jiwa khalifah Islam.

Tambah belia, seseorang pemimpin perlu membantu mengeluarkan rakyat daripada kesusahan selain membantu meningkatkan ekonomi mereka.  – MalaysiaGazette