Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh bercakap kepada media selepas melawat persiapan bagi hari mengundian pada hari esok sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi Dewan Orang Ramai, Felda Kemasul. Foto MOHD ADZLAN, 05 OKTOBER 2023.

BENTONG – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menerima sebarang aduan berhubung insiden penggunaan jentera dan aset-aset kerajaan yang disalahgunakan parti politik ketika berkempen pada pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, namun terdapat aduan berkaitan kempen diterima.

”Maknanya perjalanan kempen berjalan lancar dengan sempurna,”  katanya ketika melakukan pemeriksaan peti undi di Dewan orang Ramai Felda Kemasul, di sini, hari ini.

Semalam Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri tiada sebarang masalah jika SPR ingin menyiasat Barisan Nasional (BN) Pahang jika terdapat dakwaan parti itu menggunakan aset dan jentera kerajaan negeri sepanjang tempoh kempen PRK Pelangai, seperti didakwa Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. – MalaysiaGazette