Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Pas didakwa dalam keadaan menafikan (denial)apabila ketua pemuda parti itu, Ahmad Fadhli Shaari berkata, taksub bukan punca tiada pertandingan bagi lima jawatan tertinggi parti tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, penafian itu juga gara-gara taksub.

Menurutnya, walaupun ada pemimpin Pas cemerlang tetapi jika tidak taksub kepada pemimpin maka tunggu masa untuk disingkirikan.

“Itu juga yang berlaku kepada Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Nik Abduh. Mereka dikalahkan kerana tidak taasub membabi buta,” dakwa Puad.

Pemimpin UMNO ini menambah, sebab itu pertandingan atau tukar pemimpin hanya berlaku jika ada pemimpin yang mahu dijatuhkan.

Proksi turut digunakan untuk jatuhkan mereka, dakwa beliau lagi.

“Itu sebab wujudnya parti Amanah. Mereka disisihkan kerana tidak lagi “taasub” kepada Haji Hadi. Mereka mempersoalkan kepimpinan Hadi,” ujarnya.

Baru-baru ini, Ahmad Fadhli  menjawab dakwaan Puad bahawa budaya taksub punca lima jawatan tertinggi Pas tidak dipertandingan.

Menurut Ketua Pemda Pas itu, bukan isu taksub atau tidak, sebaliknya ia hak ahli parti untuk mencalonkan seseorang pemimpin atau tidak.

Katanya, kepimpinan Pas tiada halangan jika berlaku pertandingan bagi jawatan tertinggi malah tiada usul silap mata untuk menetapkan agar tiada pertandingan seperti parti tertentu lain. – MalaysiaGazette

Budaya taksub punca jawatan ‘top five’ Pas tiada pertandingan – Puad

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast