KUALA LUMPUR – Pejuang Palestin dilaporkan melancarkan serangan terbesar ke arah Israel dari Gaza hari ini.
Beberapa laporan menyebut kumpulan terbabit melancarkan lebih 5,000 roket bermula dari 6:30 pagi waktu tempatan berterusan selama hampir setengah jam.
Roket yang ditembak dari Gaza dipercayai mendarat di Ashkelon dan sekurang-kurangnya seorang terbunuh di kawasan Kfar Aviv di Israel.
Siren amaran telah dibunyikan di dalam dan sekitar Gaza serta tengah dan selatan Israel sejauh Tel Aviv dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki.
Pasukan pejuangan berkenaan juga dilaporkan menyusup ke kawasan selatan Israel di tengah-tengah serangan roket yang dilepaskan.
Sekurang-kurangnya seorang wanita maut dan mencederakan 15 yang lain, kata pekerja perubatan Israel.
Komander kanan Hamas Mohammad Deif mengumumkan permulaan “Operasi Al-Aqsa Flood” dalam siaran media dan menyeru rakyat Palestin untuk turut serta.
Pengguna media sosial turut berkongsi video mendakwa kereta kebal Israel yang terbakar, serta kejadian tembakan antara tentera pejuang Palestine dan Israel.
Pertempuran itu berlaku selepas ketegangan meningkat beberapa minggu lalu serta kira-kira 200 rakyat Palestin telah dibunuh oleh tentera Israel sepanjang tahun ini.- Agensi