IPOH – Polis menasihati orang ramai supaya menghentikan sebarang spekulasi berhubung isu tular membabitkan seorang wanita yang mendakwa diperlekehkan anggota bertugas ketika membuat laporan polis di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata pihaknya amat memandang serius aduan tersebut.

“Kita menghargai maklum balas yang diberikan oleh orang awam tersebut mengenai mutu perkhidmatan kaunter aduan balai polis.

“Justeru, perkara tersebut telah dirujuk kepada Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk siasatan dalaman,” katanya dalam satu kenyataan media lewat petang tadi.

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi terhadap isu tersebut sementara menunggu hasil siasatan pihak polis selesai.

Terdahulu, seorang pengguna laman X @fiqapong menerusi ciapannya berkata dia melihat seorang pakcik dalam keadaan mabuk dan tidak mampu untuk berdiri atau berjalan memandu dalam keadaan bahaya.

Ketika wanita terbabit membuat laporan polis, soalan pertama yang diajukan adalah sama ada dia dilanggar ataupun tidak.

“Saw an uncle drunk driving tonight, could barely stand/walk let alone drive. Literally langgar all the divider while driving.

“And when I made a police report, the first question asked was “dia ada langgar awak ke? dah tak langgar kenapa perlu buat report?” ciapnya. – MGPerak

1 Komen

  1. Begitulah sikap keseluruhan anggota dikaunter aduan awam. Perkara begini adalah lumrah dan telah menjadi barah yg patut dibedah dan diberi pengajaran bagaimana seharusnya dilakukan oleh anggota yg bertugas. Bercakap mengenai intergriti dah KOSONG sebab Semua pegawai penyelia pun 2 x 5. Bekerja sekadar untuk mengisi perut bukan berkhidmat untuk kesejahteraan masyarakat .

Comments are closed.