MOSCOW — Seorang pemandu kereta mati ditembak polis di bandar San Francisco, California Amerika Syarikat (AS) selepas kereta yang dipandunya merempuh bangunan konsulat China, lapor Sputnik memetik CBS News pada Selasa.

Kereta itu berhenti di lobi konsulat dan pegawai polis terpaksa menembak pemandunya yang kemudiannya meninggal dunia di hospital, menurut laporan itu.

Polis kini bekerjasama dengan Jabatan Negara AS untuk menyiasat kejadian itu, lapor penyiar berkenaan.- BERNAMA-SPUTNIK

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast