Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Sehingga jam 12 tengah hari tadi, pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas akibat kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Langat telah mencapai 0.88 peratus.

Air Selangor berkata, tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Namun bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari esok.

Manakala bagi pemulihan bekalan air akibat gangguan bekalan air akibat henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor pula mencapai 93.1 peratus.

Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah malam esok.

Air Selangor menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

Malah, para penggua yang sudah mendapat bekalan akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast