Foto Sky Sports.

LONDON – Bekas penyerang legenda Manchester United dan England, Wayne Rooney diumum sebagai pengurus Birmingham City dengan kontrak selama tiga tahun setengah, kata kelab liga divisyen dua itu.

Rooney yang juga bekas jurulatih DC United menggantikan John Eustace yang dipecat Isnin lalu.

Ketika ini, skuad Midlands itu berada di tempat keenam dalam carta, 12 mata di belakang pendahulu Leicester City.

“Saya telah membina kerjaya pengurusan, meletakkan diri saya dalam persekitaran yang mencabar untuk saya bersedia dengan peluang ini.

“Saya juga sudah tidak sabar untuk memulakannya dan saya mahu pasukan bermain, kakitangan kejurulatihan dan saya akan bekerja keras untuk melaksanakannya.

Minggu lalu, Rooney, 37, melepaskan jawatan sebagai pengurus kelab Major League Soccer (MLS), DC United selepas mereka terlepas aksi playoff Piala MLS untuk tahun keempat berturut-turut. – Agensi