AirAsia X penumpang
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – AirAsia mengumumkan tawaran istimewa diskaun 50% untuk tambang asas secara eksklusif kepada penumpang MYAirline yang terjejas selepas syarikat penerbangan itu menggantung operasinya secara mengejut hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited, Bo Lingam berkata, tawaran itu berkuat kuasa serta-merta dan terpakai kepada semua penumpang MYAirline dengan tempahan penerbangan yang disahkan ke dan dari Kuala Lumpur, Langkawi, Pulau Pinang, Tawau, Kota Bharu, Kuching, Kota Kinabalu, Kota Kinabaku-Tawau, dan Don Mueng-Bangkok dan Suvarnabhumi-Bangkok mulai hari ini hingga 30 November 2023.

“Kami amat bersimpati dengan semua penumpang MYAirline yang terjejas dan kakitangan mereka.

“Kami memahami tekanan dan gangguan yang disebabkan oleh situasi ini dan berharap diskaun 50 peratus ini akan membantu penumpang yang terjejas dengan menggunakan sepenuhnya rangkaian penerbangan kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Bo Lingam berkata, AirAsia juga berbesar hati mempertimbangkan untuk mengambil individu yang layak dan berkelayakan daripada MYAirline menjadi kakitangannya.

“Kami menggalakkan kakitangan MYAirline yang terjejas untuk menghubungi kami dan meneroka kemungkinan menyertai keluarga Allstars kami,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast