KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan segala insentif Belanjawan 2024 dimanfaatkan dengan tata kelola kewangan terbaik.
Ia, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain demi memelihara kententeraman dan keamanan negara.
“Dengan fokus menyampaikan perkhidmatan bertunjangkan integriti dan tata kelola yang baik serta mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahteraan masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM38.7 bilion menerusi Belanjawan 2024 bagi memperkukuh tahap kesiapsiagaan pertahanan dan keselamatan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, untuk tujuan tersebut, sebanyak RM19.7 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertahanan manakala Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima peruntukan RM19 bilion. – MalaysiaGazette