Keadaan jip dan motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Bukit Kuantan.

KUANTAN – Seorang pelajar lelaki maut  selepas motosikal yang ditunggang memasuki laluan bertentangan dan dirempuh sebuah jip di Bukit Kuantan awal pagi tadi.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa, Lukhman Hakim Bahari, 17 tahun, disahkan maut di lokasi nahas akibat kecederaan parah.

Mangsa merupakan pelajar Tingkatan 5 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Goh yang menetap di Felda Bukit Goh.

“Siasatan awal dapati, pemandu jip dari arah Felda Bukit Goh menghala ke arah Bandar Kuantan dalam kejadian 1.15 pagi tadi.

“Pemandu jip sedang bergerak lurus ketika memandu di lokasi kejadian, tiba-tiba motosikal yang ditunggang hadapan telah masuk ke laluan bertentangan.

“Pemandu jip tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa dari jarak terlalu dekat,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Jenazah mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

Wan Zahari berkata, kes masih dalam siasatan lanjut dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast