Datuk Seri Ayob Khan bersama Delegasi AFP diketuai Lesa Gale yang mengadakan kunjungan hormat ke Bukit Aman semalam. Foto: Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri PDRM

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay telah menerima kunjungan hormat daripada Deputy Commissioner of Australian Federal Police (AFP), Lesa Gale ke bu Pejabat Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman, petang semalam.

Kehadiran Lesa Gale telah disambut oleh Ayub bersama beberapa pegawai kanan serta Pengarah Jabatan di Bukit Aman di Menara 1, Bukit Aman.

Datuk Seri Ayob Khan bersama Delegasi AFP diketuai Lesa Gale yang mengadakan kunjungan hormat ke Bukit Aman semalam.Kredit
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri PDRM

Delegasi Lesa Gale kemudian telah dibawa ke Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini.

Kunjungan hormat tersebut turut dihadiri oleh AFP Commander South East Asia (CSEA), Commander Warwick Macfarlane, Senior Officer Kuala Lumpur, Detective Superintendant Nicholas Moger dan Liaison Officer Kuala Lumpur, Timothy Knight.

Kunjungan hormat Lesa Gale dan para delegasinya untuk meningkatkan kerjasama dan jalinan strategik PDRM dengan AFP dalam pencegahan jenayah rentas sempadan.

Datuk Seri Ayob Khan bersama Delegasi AFP diketuai Lesa Gale yang mengadakan kunjungan hormat ke Bukit Aman semalam. Foto:
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri PDRM

Turut hadir ke perjumpaan itu adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, Komisioner Datuk Nerita Yaacob, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Zainudin Ahmad, Timbalan Pengarah (Siasatan), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Rohaimi Md Isa.

Selain itu pegawai kanan lain yang turut menyertai pertemuan itu adalah Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Deputi Datuk Kumaran Karuppannan, Senior Asisten Komisioner Kepolisan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, SAC Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dan Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Supramaniam Ramasamy. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast