Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Sesi pertanyaan kepada Perdana Menteri (PMQT) pada persidangan Dewan Rakyat akan dikurangkan kepada dua sahaja.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, langkah itu bagi memberikan lebih ruang kepada Ahli Parlimen untuk mengutarakan soalan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya telah mengambil keputusan untuk membuat petua di bawah Peraturan Mesyuarat 100 dan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 24(5A) dan 24A(7) untuk membenarkan Perdana Menteri menjawab dua pertanyaan MQT (sesi pertanyaan menteri) pada hari Selasa dengan diperuntukkan 15 minit bagi setiap pertanyaan,” katanya sebelum sesi soalan lisan bermula, hari ini.

PMQT sebanyak dua soalan itu, jelas Johari, akan bermula esok ketika Anwar menjawab sesi berkenaan.

Dalam pada itu, sesi kamar khas juga menerima pindaan ke atas soalan tambahan.

Menurut Johari, pindaan Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat telah diluluskan oleh Dewan ini pada 11 Oktober lalu.

“Sehubungan dengan itu, bermula pada hari ini, selepas Menteri menjawab usul Peraturan Mesyuarat 17, maka Ahli dibenarkan untuk mengemukakan satu pertanyaan tambahan untuk setiap usulnya, bagi maksud menerangkan apaapa butir yang telah dijawab,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast