KUALA LUMPUR – Pindaan kepada Akta Kesatuan Sekerja 1959 didakwa untuk melemahkan perwakilan pekerja dan hak tawar-menawar mereka yang berada dalam keadaan yang menyedihkan.
Penasihat Buruh Antarabangsa Social Protection Contributor Advisory Services Association (SPCAAM), Callistus Antony D’Angelus berkata, walaupun pindaan ini kelihatan membenarkan kepelbagaian kesatuan sekerja dalam mana-mana satu organisasi dan sektor untuk mewakili kelas pekerja yang sama adalah regresi bagi hak pekerja di Malaysia dan seolah-olah bersifat progresif dan membenarkan perkembangan kesatuan sekerja di negara ini namun ia tidak berlaku seperti itu.
“Apa yang pasti akan berlaku ialah kesatuan sekerja akan menghabiskan masa bersaing sesama mereka dan akibatnya kekuatan mereka akan menjadi terhakis.
“Apakah yang menghalang majikan daripada mempromosikan kesatuan sekerja tertentu yang mereka rasa akan bersetuju dengan lebih mudah? Sama seperti mempromosi kesatuan sekerja dalaman sewaktu pentadbiran awal Tun Dr Mahathir Mohamad, ini adalah satu lagi langkah ke arah melenyapkan kewujudan pergerakan kesatuan sekerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Ini kerana, jelasnya, akan ada kesatuan sekerja yang akan gembira dengan rang undang-undang ini, kerana ia boleh memberi manfaat kepada mereka dalam jangka masa pendek.
Melihatnya dari segi yang lebih panjang, ia hanya akan melemahkan keupayaan pekerja untuk berurusan dengan majikan secara seimbang.
“Pada masa di mana kita sedang berusaha untuk mengukuhkan tadbir urus dalam negara, ini nampaknya menuju ke arah yang bertentangan.
“Krisis kos sara hidup yang teruk dan jurang kekayaan dan pendapatan yang semakin meluas telah diwujudkan melalui ketidakcukupan semak dan imbangan dalam sistem secara keseluruhan.
“Sistem ini telah membenarkan malah menggalakkan eksploitasi pekerja, penggurangan gaji dan penindasan hak pekerja,” ujarnya.
Callistus mempersoalkan kenyataan Menteri Sumber Manusia yang berharap pindaan ini akan mewujudkan kesatuan sekerja yang “sihat, matang dan progresif..
“Adakah beliau mengatakan kesatuan sekerja hari ini tidak berlaku seumpama itu,” soalnya yang mahu menteri berkenaan harus menghuraikan apa yang di maksudkan dengan kenyataan tersebut.
“Adakah beliau mahu kesatuan sekerja berkhidmat sebagai perayu kepada majikan dan kerajaan? Hasrat sebenar pindaan itu didedahkan melalui kenyataan menteri sendiri.
“Banyak yang telah dan diharapkan melalui kerajaan perpaduan, Malangnya, hak pekerja nampaknya tidak ada dalam agenda kerajaan,” dakwanya. – MalaysiaGazette