Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa seorang pengarah syarikat berusia 34 tahun untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret 6, Shah Alam Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 18 OKTOBER 2023.

SHAH ALAM – Pengarah syarikat direman empat hari selepas dipercayai mengemukakan penyata bank mengandungi butir matan palsu demi mendapatkan kerja perkhidmatan pembersihan dan penyelenggaran landskap sebuah bangunan berjumlah RM170,000.

Kebenaran reman diberikan oleh Majistret Mahkamah Shah Alam, Muhammad Syafiq Sulaiman berdasarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan, reman terhadap lelaki berusia 30-an itu tamat pada Sabtu ini.

Terdahulu, lelaki tersebut ditahan selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Selangor, semalam.

Suspek disyaki melakukan kesalahan berkenaan pada tahun 2019.

Sebelum itu, permohonan reman dibuat oleh pegawai penyiasat SPRM, Rashid Ambi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18, Akta SPRM 2009.- MalaysiaGazette