Suspek kes samun remaja dikatakan ditahan di sebuah pangsapuri sekitar Johor semalam.

JOHOR BAHRU – Seoang lelaki warga yang dipercayai terlibat melakukan samun ke atas seorang remaja lelaki dalam lif di sebuah pangsapuri di sini, Ahad lalu dicekup polis dalam serbuan yang dilakukan semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lpihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.

“Polis kemudiannya terkesan satu video berdurasi 32 saat yang dimuat naik pemilik akaun TikTok BOSS83 yang memaparkan kejadian seorang lelaki melakukan samun ke atas seorang remaja lelaki dalam lif seperti di pautan https://vt.tiktok/ZSN66aBmq/,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Raub, polis turut merampas satu buah telefon bimbit, sehelai jeans dan sepasang kasut yang digunakan suspek ketika melakukan kejadian itu.

Katanya, hasil semakan rekod membdapati suspek mempunyai empat rekod jenayah dan tiga kes melibatkan dadah.

“Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah morphine dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 14 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast