KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak meletakkan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada 2 Disember ini.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga menafikan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal bertanding bagi kerusi tersebut.

Katanya, sehingga kini parti itu membuat ketetapan tidak akan menyokong mana-mana parti atau calon lain yang akan bertanding di Parlimen berkenaan.

“Kita tidak terlibat (PRK) tidak fikir lagi akan sokong mana- mana calon.

“Perkara itu (Tun M didakwa bakal bertanding) tidak masuk akal,” katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Kemaman di Terengganu berlangsung 2 Disember.

Pengundian awal ditetapkan pada 28 November manakala penamaan calon 18 November.

PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

Sementara itu, Mukhriz berkata, Pejuang tidak berminat menubuhkan gabungan parti kerana menumpukan usaha untuk menguatkan parti.

“Kita sedang bina kekuatan parti untuk bersiap menghadapi pilihan raya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.