KUALA LUMPUR – Polis menyerbu sebuah premis pengantara untuk kegiatan sindiket pelacuran antarabangsa yang beroperasi dalam talian di Bayan Baru, Jumaat lalu.
Dalam serbuan itu, polis berjaya menahan lima lelaki dan enam perempuan warga tempatan serta merampas peralatan yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran atas talian.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata, serbuan itu dijalankan pada jam 5.30 petang atas maklumat.
Menurut kenyataan di sini, kesemua yang ditahan berumur antara 21 hingga 65 tahun termasuk dua daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan Akta Rumah Judi terbuka dan enakmen hiburan.
Mereka sudah diteman selama enam hari bermula 21 Oktober 2023.
Modus operandi sindiket ini menjadi orang tengah menggunakan laman sesawang bagi mempromosikan aktiviti pelacuran yang mensasarkan pelanggan di negara Australia.
Pelanggan yang berminat akan berhubung dengan sidiket melalui takian negara berkenaan menggunakan simkad syarikat telekomunikasi vodafone negara terbabit.
Pelanggan akan membuat bayaran terus kepada pelacur dan sindiket pelacur di negara terbabit ini akan membayar semula komisien kepada sindiket ini.
Kamarul Rizal berkata, premis ini telah beroperasi sejak tahun 2021 dan mampu menjakan pendapatan lebih kurang RM30,000 sehari dan RM900,000 sebulan.
Sebelas individu yang ditahan itu disiasat di bawah Seksyen 372 (1)(e) dan Seksyen 372(1)(f) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan sebatan serta denda. – MalaysiaGazette