Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai tujuh lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan judi sabung ayam di kawasan kebun kelapa sawit di Jalan Melugu Skim, Sri Aman, Sarawak ditahan dalam serbuan, semalam.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mathew Manggie berkata, serbuan jam 3.20 petang itu membawa kepada  rampasan beberapa barang dan peralatan yang disyaki digunakan untuk menjalankan kegiatan perjudian tersebut.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 73(1)(8) Ordinan Veterinar Kesihatan Awam 1999, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000.00 atau penjara tidak melebihi 6 bulan, atau kedua-duanya.” katanya dalam kenyataan, semalam.

Berikutan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengelak daripadaterlibat dalam aktiviti-aktiviti yang menyalaahi undang-undang negara. – MalaysiaGazette