Dari kiri: Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Philip Benedict Lasimbang, penerima insentif sekolah harian terbaik SPM 2022, Pengetua Cemerlang Jusa C dari SM St.Michael, Jennifer Asing.

KUALA LUMPUR – Yayasan Bank Rakyat (YBR) meraikan 146 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di sekitar Penampang bagi membantu tahap pendidikan murid-murid di sana.

Menurut kenyataan YBR, dalam satu majlis yang berlangsung di Sekolah Menengah St Michael Penampang Sabah, yayasan itu telah menyampaikan insentif melibatkan pelajar yang mendapatkan keputusan cemerlang di dalam peperiksaan dengan objektif bagi membantu meningkatkan akademik serta memotivasikan mereka untuk lebih berjaya di masa akan datang.

Penyerahan anugerah kepada pelajar-pelajar telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang; Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani, Ketua Bahagaian Operasi YBR, Mohd mukhti Abd Rahman serta Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Bantuan itu melibatkan kumpulan pelajar daripada kalangan asnaf dan keluarga B40 yang berobjektif menyediakan bantuan kewangan kepada penerima yang layak sebagai permulaan memulakan semester atau menyediakan peralatan pengajian yang diperlukan untuk meneruskan pengajian.

Sementara itu, Ewon berkata, sokongan berterusan yang diberikan oleh YBR dalam membantu anak-anak Sabah amat dihargai terutamanya dalam membantu golongan yang
kurang bernasib dan yang memerlukan.

“Usaha ini sebegini dapat menarik kepada agensi-agensi bukan berkeuntungan yang lain untuk sama-sama turut serta dalam meningkatkan mutu pendidikan negara serta menyahut seruan kerajaan dalam mewujudkan sistem pendidikan yang mampan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ewon turut mengumumkan empat buah sekolah di daerah Penampang telah dipilih untuk menerima RM20,000 setiap sekolah melalui Program Pecutan SPM bagi bagi membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar dari sekolah tersebut bagi persiapan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan datang.

Sekolah itu ialah Sekolah Menengah St Michael, Sekolah Menengah Kebangsaan Bahang, Sekolah Menengah Kebangsaan Limbanak dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast