Hrithik Roshan

KUALA LUMPUR – Selepas lapan tahun tidak datang ke Malaysia, bintang Bollywood, Hrithik Roshan bakal bertemu peminat pada Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert 1 Disember ini.

Pengarah Urusan Yess Boss Groups, Shahkeer Azzat Zailan berkata Hrithik, 49, akan membuat persembahan ditemani koreografer tarian dan pengarah, Prabhu Deva pada acara itu.

“Membawa Hrithik kembali ke Malaysia selepas lapan tahun adalah misi yang penuh dengan keterujaan. Ini akan menjadi tanda aras buat kami yang diberi kepercayaan Dembi Productions dan Yess Boss Groups untuk merealisasikan mimpi peminat melihat Hrithik kembali mempersona dengan kebolehan menari dan penampilan memukau,” katanya.

Ujarnya, Hrithik teruja untuk membuat persembahan yang akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Tambah beliau, peminat akan menyaksikan persembahan mega, memukau dan penuh magis oleh Hrithik melalui Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert itu nanti.

“Apa lagi Hrithik yang sangat berbesar hati untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat yang sentiasa beri sambutan hangat dan menghargai dirinya sebagai individu,” katanya lagi.

Menurut beliau tiket konsert sudah dijual sejak 19 Oktober lalu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast