KLANG – KPJ Klang Specialist Hospital (KPJ Klang) melakar sejarah apabila menganjurkan karnival ortopedik yang pertama kali di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Klang,  Dr. Goventhamah Subramaniam berkata, karnival tersebut diadakan untuk menyebarkan kesedaran kesihatan dalam masa yang sama mendidik masyarakat.

“Acara ini tidak hanya memberikan pendidikan penting tetapi juga meninggalkan kesan yang berkekalan, memberi inspirasi kepada komuniti kami untuk memberi keutamaan kepada kesihatan mereka,” katanya ketika majlis perasmian karnival tersebut di sini hari ini.

Turut hadir, ahli astrofizik terkenal Prof Emerita Tan Sri Dr Mazlan Othman.

Karnival Ortopedik diadakan selama tiga hari bermula Khamis sehingga Sabtu.

Menurut Dr. Goventhamah, pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang karnival berlangsung untuk tujuan pendidikan, hiburan dan kesedaran kesihatan.

“Karnival pioneer ini tidak hanya mendidik masyarakat tentang kesihatan ortopedik tetapi juga meninggalkan kesan yang berkekalan, memberi inspirasi kepada individu untuk memberi keutamaan kepada kesejahteraan mereka,” katanya lagi.

Tambah beliau, KPJ Klang akan terus menerajui inisiatif yang memberdayakan individu, mempromosikan kesedaran kesihatan, dan memperkuat ikatan komuniti.- MalaysiaGazette