Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din bertukar sebagai Pengarah JKDNKA menggantikan Datuk Seri Hazani Ghazali. Foto FAREEZ FADZIL, 17 JULAI 2023.

KAJANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti penglibatan beberapa individu di negara ini yang terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah methamphetamine yang berjaya ditumpaskan pihak berkuasa Australia di Melbourne baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Komisioner Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, identiti mereka tidak dapat didedahkan buat masa ini memandangkan siasatan masih dijalankan.

Siasatan awal mendapati dadah berkenaan telah diseludup dari kawasan segi tiga emas dan dibungkus semula di negara ini sebelum dihantar ke Australia.

“Kita (JSJN) telah pun mendapat maklumat dari pihak berkuasa Australia berkenaan tangkapan dan rampasan itu, kini siasatan sedang diteruskan sekarang bagi mengenal pasti sindiket dadah yang bertanggungjawab dalam penyeludupan tersebut,” katannya ketika ditemui pemberita selepas sidang media kejayaan narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang hari ini.

Pada 10 April lalu, Polis Persekutuan Australia telah merampas heroin seberat 336 kilogram dianggarkan bernilai A$268.8 juta (RM789.56 juta) dalam sebuah kontena penghantaran dari Malaysia ke Brisbane yang dibuat pada 13 Mac lalu.

Pasukan Sempadan Australia (ABF) mengesan dadah berkenaan disorok dalam dua blok konkrit simen, yang masing-masing seberat 500 kg sebelum semakan lanjut mendapati penghantaran itu diisytiharkan sebagai aksesori panel solar dalam kontena yang tiba di Pelabuhan Brisbane dari Malaysia.- MalaysiaGazette