Keadaan dua kereta api yang bertembung di Andhra Pradesh.

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 13 orang maut dan 27 lagi cedera selepas dua kereta api bertembung di daerah Vizianagaram di Andhra Pradesh.

Kejadian itu membabitkan kereta api penumpang bagi laluan Visakhapatnam-Rayagada and Visakhapatnam-Palasa.

Nahas berlaku selepas sebuah kereta api dari Visakhapatnam, di negeri Andhra Pradesh, ke Rayagada, di Odisha, telah berhenti kerana kabel atasnya terputus apabila ia dilanggar oleh kereta api lain dari arah depan,.

Perlanggaran itu menyebabkan dua koc yang membawa lebih 90 orang tergelincir.

Siasatan awal menunjukkan “kesilapan manusia” menjadi punca nahas tersebut.

Perlanggaranitu berlaku hanya empat bulan selepas kemalangan kereta api berasingan di Odisha, yang mengakibatkan tiga kereta api berlanggar dan mengorbankan 275 orang serta lebih 1,000 cedera.

Operasi menyelamat sedang dijalankan di lokasi kemalangan, dan semua yang cedera telah dipindahkan ke hospital, kata Menteri Kereta Api Ashwini Vaishnaw di X. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast