NILAI – Bangunan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akhirnya siap dibina selepas proses pembinaan berlarutan hampir lapan tahun.
Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), USIM, Profesor Madya Dr. Zainur Rijal Abdul Razak berkata, projek pembinaan bangunan FPBU telah diluluskan pada tahun 2014.
Namun, disebabkan masalah dengan kontraktor awal, proses pembinaan terpaksa ditangguhkan.
“Jangkaan akan berpindah ke bangunan baharu pada bulan November ini atau paling lewat pada hujung tahun ini kerana sebahagian bilik tutorial masih belum ada kerusi lagi,” katanya.
Bangunan ini akan berfungsi sebagai pusat pembelajaran bagi 2,300 pelajar FPBU mulai November ini. – MalaysiaGazette