Seekor kuda mati selepas dilanggar warga emas dalam kejadian di Jalan Sungai Tua Ulu Yam arah Selayang, petang tadi.

KUALA LUMPUR – Berpantang maut sebelum ajal!

Itu yang dialami seorang warga emas apabila terselamat dalam kemalangan dengan seekor kuda yang berada di laluannya dalam kejadian di Jalan Sungai Tua Ulu Yam arah Selayang  petang tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, dalam kejadian lebih kurang pukul 6.30 petang itu, warga emas berusia 54 tahun yang memandu kenderaan motor pikap jenis Ford Ranger tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan haiwan tersebut.

Ketika kejadian terdapat penumpang lain di dalam kenderaan yang dipandu warga emas itu.

“Akibat kemalangan itu, pemandu motor pikap bersama penumpang itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Kuda tersebut mati di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Noor Ariffin, kes disiasat dibawah Rule 10 LN 166/59.

Sehubungan itu, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan diminta tampil bagi membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Mohd Sakri Madt Dali di talian 019-9145899 atau bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di03-61262222. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast