GAZA CITY – Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin pada Rabu berkata sebanyak 55 trak bantuan telah memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan sempadan Rafah.
Menurutnya dalam kenyataan, trak-trak terbabit membawa makanan, air, peralatan perubatan dan ubat-ubatan.
Bagaimanapun sehingga semalam Israel masih belum membenarkan bahan apidi bawa masuk ke Gaza sekali gus mencetuskan kebimbangan.
Ini kerana kebanyakan hospital hampir kehabisan bekalan bahan api yang akan menyebabkan tenaga elektrik terputus. – Agensi