KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Subang Jaya akan mengadakan Program Hari Tanpa Kenderaan bagi edisi ke-15 pada 5 November 2023 (Ahad) ini, bertempat di Jalan Kemajuan Subang (hadapan Aeon Big dan Subang Parade).

Ia bermula pada jam 7 pagi hingga 11 pagi.

Pelbagai aktiviti riadah dan sukan yang telah disediakan bagi seisi keluarga seperti Pertandingan ‘Street Soccer’, ‘Dance Battle’, pesta sarapan pagi, program kitar semula, ‘Abseiling, Reppeling dan Flying Fox’, pemeriksaan kesihatan dan mata percuma, demonstrasi memasak oleh chef Sakya serta cabutan bertuah istimewa buat semua para pengunjung.

Edisi pada kali ini dimeriahkan lagi dengan Larian santai (Subang Jaya Community Fun Run) serta Kayuhan Santai.

Turut menjadi tarikan adalah kehadiran Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Semua warga Subang Jaya mahupun kawasan sekitar dijemput hadir bagi menyertai dan memeriahkan program ini.

Susulan penganjuran program ini, satu pelan pengurusan lalu lintas di SS16 melibatkan Jalan Kemajuan Subang, Persiaran Kemajuaan SS16, Persiaran Jengka dan Jalan SS16/2 akan dilaksanakan pada jam 7 pagi sehingga 11 pagi.

Pengguna lalulintas dan penduduk di kawasan sekitar dinasihati untuk mematuhi pelan pengurusan, sekali gus merancang perjalanan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang program ini berlangsung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast