KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming melahirkan rasa syukur kerana penganjuran majlis Anugerah Kecemerlangan Media KPTKT (AKeMedia KPKT) mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan pengamal media.
Beliau berkata, penganjuran AKeMedia KPKT 2023 buat julung kali itu mendapat 363 penyertaan.
Katanya, majlis anugerah itu merupakan penghargaan kepada media dalam menyampaikan maklumat benar dan dipercayai melalui program dan usaha pembangunan KPKT dalam menjayakan agenda daya huni rakyat.
“Media adalah penghubung yang mendekatkan KPKT dengan masyarakat menerusi pemberitaan yang diterbitkan berkaitan isu-isu masyarakat setempat. Media menyampaikan maklumat kepada rakyat selain keluh kesah rakyat kepada kami.
“Dalam kata lain, KPKT menghargai simbiosis ini dan buktinya ialah penganjuran buat julung kalinya AKeMedia KPKT 2023.
“KPKT menghargai simbiosis ini dan buktinya ialah penganjuran buat julung kalinya AKeMedia KPKT 2023,” katanya ketika berucap pada majlis itu, malam ini.
AKeMedia KPKT 2023 mempertandingkan 10 anugerah termasuk Anugerah Khas Menteri dengan hadiah wang tunai berjumlah RM68,000 bagi 18 pemenang.
Pemenang meliputi semua platform utama media cetak, radio, televisyen, portal dan multimedia.
Kor Ming juga mengucapkan penghargan berkali-kali pengamal media yang menerima pengiktirafan julung kali.
Tambah beliau, anugerah tersebut menjadi penyuntik semangat kepada pengamal media untuk menghasilkan pemberitaan yang lebih bermutu pada masa depan. – MalaysiaGazette