Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf bercakap pada sidang media mengenai statistik semasa jenayah komersil di Menara KPJ, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 03 NOVEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Jenayah penipuan pembelian atas talian mencecah lebih RM3.6 juta dalam tempoh seminggu, antara 23 sehingga 29 Oktober lalu.

Penipuan itu menggunakan aplikasi atas talian seperti Facebook (84 kes), WhatsApp (55 kes), Telegram (30 kes), Instagram (25 kes), Mudah.my (2 kes), Carousell (2 kes), X (1 kes), Expedia (1 kes) dan lain-lain (34 kes).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, ia membabitkan 246 kes sepanjang tempoh tersebut.

“Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh meltwater.com setakat Januari 2023, pengguna media sosial adalah sebanyak 26.8 juta daripada keseluruhan populasi rakyat Malaysia. Ini juga bermakna penggunaan media sosial sebagai medium untuk cari mangsa oleh sikdiket penipuan.

“Sindiket ini akan guna peluang hampir 80 peratus untuk mendekati dan menipu pengguna daripada keseluruhan rakyat di negara ini,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Penipuan pembelian atas talian itu membabitkan 84 kes menggunakan laman Fecebook, WhatsApp (55 kes), Telegram (30 kes), Instagram (25 kes), Mudah.my (2 kes), Carousell (2 kes), X (1 kes), Expedia (1 kes) dan lain-lain (34 kes).

Sementara itu, Ramli memberitahu, penipuan pelaburan yang dilakukan sindiket juga tinggi dengan mencatatkan kerugian lebih RM9.7 juta antara 23 hingga 29 Oktober lalu, melibatkan 131 kes.

“Angka ini juga lebih rendah berbanding minggu sebelum yang mencatat 166 kes dengan kerugian RM33.7 juta. Daripada 131 kes, 120 kes adalah melibatkan pelaburan atas talian manakala 10 lagi secara semuka dan hanya satu berkaitan pusat panggilan penipuan pelaburan,” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast