Zainal Abidin mengakui menghidap kencing manis.

KUALA LUMPUR – Penghibur terkenal, Datuk Zainal Abidin membuat pengakuan terbuka dia mengidap kencing manis hingga memberi kesan kepada masalah lemah tenaga batin.

Zainal yang berusia 64 tahun itu dan juga penyanyi lagu Hijau itu tidak merasa malu untuk menceritakan hal tersebut malah  pergi berjumpa doktor untuk mendapat rawatan alternatif.

“Hari ini saya datang untuk berkongsi tentang masalah peribadi. Bukan saya sahaja, ramai kawan-kawan saya, bila saya sudah meningkat usia dan umur pun sudah 64 tahun. Lelaki yang berusia 50 tahun ke atas dan ada diabetes.

“Saya terfikir adakan ada rawatan atau prosedur yang boleh membantu, saya tidak mengharap 100 peratus tapi kalau boleh dari lima naik ke lapan markah pun sudah alhamdulilah. Itu pun bonus,” katanya.

Dia berkata dalam satu rakaman video yang viral di Instagram miliki Klinik Idealyst.

Zainal Abidin berjumpa Dr Aidil (kanan) untuk berkongsi masalah tenaga batin kerana menghidap diabetes.

Sementara itu, doktor perubatan am di klinik itu, Dr Aidil Azry Mokhtar berkata, kencing manis dihadapi oleh kebanyakan rakyat di negara ini terutamanya lelaki.

Malah ada pesakit yang mengidap penyakit di awal usia 40-an hingga memberi kesan kepada hubungan intim suami isteri.

Namun dia memberitahu kepada Zainal, hari ini banyak teknologi yang muncul dan mampu merawatnya.

“Ketika ini, terdapat rawatan P-Shot yang merupakan suntikan terapi yang dilakukan ke atas alat sulit lelaki yang dapat membantu badan dan membaikpulih salur darah yang tercedera pada bahagian alat sulit anda.

“Ia menggunakan kaedah PRP atau Platelet-Rich Plasma yang telah lama digunakan oleh atlit untuk mempercepatkan proses penyembuhan tisu.

“Sekarang, pakar juga telah menemui pelbagai lagi penggunaannya yang berkesan untuk meningkatkan daya seksual lelaki dan juga wanita,” katanya sambil memberitahu rawatan itu memerlukan tiga sesi sahaja.

Aidil menambah, rawatan P-Shot dilakukan dengan mengambil darah dari badan pesakit dan kemudiannya darah itu akan dipisahkan kepada platlet dan plasma di mana seterusnya ia disuntik kembali pada bahagian alat sulit pesakit. – MalaysiaGazette