Penerima-penerima anugerah pada Majlis Apresiasi Pelajar Fakulti Pengajian Maritim 2023.

KUALA NERUS – Seramai 110 orang pelajar Fakulti Pengajian Maritim dari program Sarjana Muda Pengurusan (Maritim), Sarjana Muda Pengurusan (Operasi Maritim), dan Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim menerima Anugerah Dekan dalam Majlis Apresiasi Pelajar Fakulti Pengajian Maritim 2023, baru-baru ini.

Pelajar yang menerima anugerah ini perlu memperolehi keputusan dengan PNGK 3.50 dan ke atas.]

Anugerah Pelajar Terbaik Program Sarjana Muda, Fakulti Pengajian Maritim dianugerahkan kepada pelajar berdasarkan pencapaian di dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Penerima anugerah menerima sijil penghargaan daripada Fakulti Pengajian Maritim, sebentuk cincin silver alumni ‘ThevSilver Ring of UMT Alumni’ sumbangan daripada Pusat Alumni Dan Hal Ehwal Pelajar.

Penerima anugerah bagi program Sarjana Muda Pengurusan (Maritim) dengan kepujian dianugerahkan kepada Muhammad Nur Hafiy Darwisy Mohd Norhisam dengan CGPA 3.94 dan merit Mystar sebanyak 2,140.

Bagi program Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim) dengan kepujian dianugerahkan kepada Saudara Aiman Hazem bin Sudirman dengan CGPA 3.84 dan merit Mystar sebanyak 640 dan bagi Penerima anugerah program Sarjana Muda Pengurusan (Operasi Maritim) dengan kepujian dianugerahkan kepada Nurin Faqihah Mahadi dengan CGPA 3.96 dan merit Mystar sebanyak 2,560.

Pada Majlis Apresiasi Pelajar Fakulti Pengajian Maritim 2023 juga, Pengarah Dan Eksekutif PKT Logistics Group Sdn. Bhd, Prof. Adjung Datuk Seri (Dr.) Michael Tio, berbesar hati menyumbangkan Anugerah Kecemerlangan PKT Logistics Group Sdn Bhd kepada tiga orang pelajar Fakulti Pengajian Maritim.

Penilaian anugerah ini dibuat berdasarkan aspek penampilan, motivasi,pengetahuan, kecerdasan, keyakinan, kepimpinan dan kemahiran bertutur.

Sesi temuduga telah dilaksanakan sendiri oleh Michae pada 11 Oktober 2023 lalu.

Muhammad Ibrahim Mohd Arasad (Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim)), Balqis Azhar (Sarjana Muda Pengurusan (Maritim)) dan Nurin Faqihah Mahadi Sarjana Muda Pengurusan (Operasi Maritim) menerima wang tunai sebanyak RM5,000 dan sijil penghargaan.

Penerima anugerah juga ditawarkan bekerja dengan jawatan sebagai Young Executive di PKT Logistics Group Sdn. Bhd dengan gaji permulaaan
sebanyak RM 3,200. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast