Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Fumio Kishida di Kompleks Seri Perdana, 5 November, 2023. Foto PMO

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada rakan sejawatnya dari Jepun Fumio Kishida bagi membincangkan kerjasama untuk memperkukuh hubungan dua hala.

Kishida tiba di Seri Perdana pada 10 pagi dengan disambut Anwar dan kemudiannya diperkenalkan dengan barisan menteri Kabinet yang hadir iaitu Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sejurus itu, kedua-dua pemimpin negara memulakan pertemuan untuk menilai kemajuan hubungan dua hala terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, alam sekitar dan keselamatan tenaga serta informasi dan komunikasi.

Anwar dan Kishida juga dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama termasuk konflik Palestin-Israel. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast