Peguam, Muhammad Nor Tamrin

KUALA LUMPUR – Banyak kesan lebam, bahu dan kedua pergelangan tangan mengalami kepatahan dipercayai punca kematian seorang lelaki dalam tahanan di lokap Balai Polis Sungai Besar, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, pada 27 Oktober lalu.

Peguam, Muhammad Nor Tamrin berkata, perkara itu ditemui salah seorang ahli keluarga si mati ketika proses memandikan jenazah di Hospital Sungai Buloh, Selangor, pada hari sama kematiannya.

“Susulan kejadian itu, ahli keluarga si mati telah membuat laporan polis selepas melihat sendiri terdapat kesan-kesan kecederaan pada jenazah tersebut semasa proses memandikan jenazah di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

“Banyak kesan lebam pada badan di mati, tulang bahu dan kedua-dua belah pergelangan tangan si mati dalam keadaan patah kerana saya merasakan sendiri ketika memandikan jenazah,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Sebelum ini, sepupu si mati, Muhammad Syafiq Abd Rahim membuat laporan polis di Balai Polis Sungai, Sabak Bernam pada 31 Oktober lalu setelah dimaklumkan ibunya bahawa abang saudaranya meninggal dunia ketika ditahan dalam tahanan polis.

Menurut Muhammad Nor, susulan kematian dalam tahanan itu, keluarga di mati menggesa pihak berkuasa membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sebelum ini, pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, PDRM melalui suatu kenyataan media pada 28 Oktober lalu telah menyatakan tiada sebarang unsur-unsur jenayah dalam kes kematian tahanan tersebut,” katanya. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. penjenayah yg paling jahat adalah mereka yg berlesen,lebih jahat dr iblis…tgan trikat,di blasah rmai2…1by1..mrk kecut…

  2. Pesalah warganegara..penguatkuasa tak mesra pelanggan, kalau pendatang bukan main ditimbang, di belai.

Comments are closed.