KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol dan diesel masih lagi kekal bag tempoh 9 hingga15 November 2023.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, sepanjang tempoh itu, harga runcit petrol RON97 dijual RM3.47 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol dan diesel sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – MalaysiaGazette