PUTRAJAYA – Kerajaan akan melonggar peraturan sedia ada bagi mempercepatkan kelulusan proses permohonan pelaburan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kaedah lama tidak boleh digunakan kerana proses kelulusan sangat lama sehingga lapan bulan.

“Kalaupun kita langgar sikit-sikit, peraturan, kalau ianya tidak rasuah, tiada penyelewengan.

“Saya dah pakat dengan Ketua Audit Negara, kalau peraturan teknikal ini tak jadi masalah.

“Masalahnya bila ada disalah guna peraturan itu untuk mencuri wang negara, itu jadi masalah.

“Kalau nak percepatkan (proses)…harus,” katanya berucap pada Kolokium Madani Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri tidak dapat menerima hakikat apabila pelaburan asing mengatakan proses kelulusan di Vietnam lebih baik daripada Malaysia.

“Saya jumpa beberapa pelabur di New York, dia banding semuanya baik, Malaysia ini, profesional sangat baik, polisi, infrastruktur.

“Saya tanya apa dia yang perlahan, kelulusan, saya kata mana boleh perlahan, dia kata ya, banding dengan Vietnam.

“Saya tak boleh terima begitu, kita harus percepatkan, kita harus jaga dari sekarang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast