Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim

KUALA LUMPUR – Selepas dua ahli Parlimen dari Bersatu memberi sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri – seorang lagi daripada mereka berbuat demikian.

Kali ini Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim mengisytiharkan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Azizi berkata, keputusan itu bertujuan memastikan kebajikan penduduk Gua Musang terbela dan akan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur sebagaimana yang dimohon untuk kawasan Parlimen berkenaan dalam tempoh perkhidmatannya.

“Selepas meneliti dan mendengar Pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri dengan matlamat utama untuk memangkinkan pemulihan ekonomi di samping meringankan beban kewangan untuk rakyat Malaysia, saya selaku ahli Parlimen Gua Musang dengan ini mengisytiharkan untuk memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula hari ini.

“Keputusan saya ini adalah bertujuan memastikan kebajikan penduduk di Parlimen saya terbela dan akan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur sebagaimana yang saya mohon untuk di laksanakan di Parlimen saya dalam tempoh penggal perkhidmatan saya.

“Saya juga ingin menyatakan sokongan kepada inisiatif-inisiatif kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat negara ini sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya dalam kenyataan media di Facebook malam tadi.

Dalam pada itu, beliau mengakui tidak berniat untuk keluar atau mengkhianati Bersatu tetapi melakukannya demi memastikan Parlimen Gua Musang seiring dengan pemerintahan Kerajaan Persekutuan.

“Adalah wajar untuk saya bersama dalam saf kepimpinan Putrajaya yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, dua Ahli Parlimen Bersatu masing-masing dari Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid telah melakukan perkara sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. rakyat boleh lihat wakil yang mereka pilih pentingkan rakyat atau pentingkan diri sendiri dan partinya??? . cara PM Anwar mendidik wakil rakyat aku setuju . pembangkang terutama mengaku Islam tapi hatinya penuh dengki dendam sombong takbur . padahal semua ini musuh Islam . maknanya musuh Islam ada dalam diri orang mengaku Islam itu . musuh dalam selimut

Comments are closed.