kredit: FB Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga bekas vokalis kumpulan Jinbara, Shamsul Bakhtiar Zakaria atau lebih dikenali sebagai Tia yang meninggal dunia semalam.

Menerusi hantaran di akaun rasmi Facebook beliau malam ini, Fahmi berkata semoga keluarga Allahyarham tabah dengan ujian itu.

Media melaporkan, Tia, 53, menghembuskan nafas terakhir akibat kanser hati di Hospital Shah Alam pada 9.17 malam.

Sebelum ini, Tia disahkan menghidap penyakit itu dan menerima rawatan di hospital berkenaan sejak 1 Nov lepas.

Tia bersama kumpulan Jinbara terkenal menerusi lagu seperti Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) serta merupakan bekas peserta rancangan televisyen realiti iaitu Gegar Vaganza musim keempat.

Tia meninggalkan seorang isteri, Suzan Ahmad. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast