Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama ibu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz (kiri) dan bapanya Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff ketika hadir ke Mahkamah bagi Keputusan di akhir kes pembelaan ang menghadapi empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 09 NOVEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Kedudukan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan ditentukan petang ini.

Perkara itu didedahkan sendiri Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan (KBS) hari ini selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Kata Syed Saddiq, beliau sendiri akan  mempertimbangkan kedudukannya dan menyampaikan keputusan peribadi sebelum satu keputusan sebulat suara dicapai petang ini.

“Saya menyedari situasi terkini, sebab itu saya akan mempertimbangkan kedudukan sebagai Presiden MUDA ketika ini.

“Sebenarnya saya telah buat keputusan walaupun sebelum keputusan pagi ini lagi, sudah tentu saya tidak boleh bercakap tentang sesuatu yang lain kemudian buat lain pula. Apa pun keputusan sebulat suara pada petang ini.

“Apa yang berlaku hari ini bukan sesuatu yang mudah untuk saya tetapi saya menerima dan akur keputusan mahkamah,” katanya penuh emosi di sini hari ini.

Syed Saddiq dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan didenda RM10 juta serta dikenakan dua sebatan atas kesalahan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid bagaimanapun membenarkan wakil rakyat itu menangguhkan pelaksanaan semua hukuman manakala syarat jaminan dikekalkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast