Rakyat Palestin yang terpaksa melarikan diri ke selatan Gaza.

NEW YORK – Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) bimbang jumlah korban serangan Israel lebih tinggi daripada dilaporkan.

OCHA berkata, hospital-hospital di utara Gaza tidak dapat melaporkan bilangan kematian dan kecederaan berikutan perkhidmatan komunikasi yang lumpuh sepenuhnya.

“Pada 11 November, berikutan perkhidmatan dan komunikasi lumpuh di hospital di utara, Kementerian Kesihatan di Gaza tidak mengemas kini angka mangsa.

“Angka kematian rakyat Palestin di Gaza setakat 10 November pukul 2 petang 11,078, dengan 4,506 daripadanya dikatakan kanak-kanak dan 3,027 wanita.

“Kira-kira 2,700 yang lain, termasuk kira-kira 1,500 kanak-kanak, telah dilaporkan hilang dan mungkin terperangkap atau mati di bawah runtuhan,” katanya dalam laporan yang disiarkan dalam laman sesawang.

Tembahnya, bilangan rakyat Palestin yang cedera kini meningkat kepada 27,490.

Sementara itu OCHA melaporkan pada 11 November bekalan elektrik di Hospital al-Shifa dan Hospital Indonesia terputus selepas minyak untuk generator kehabisan.

Generator di Hospital Al Quds juga mengalami kerosakan akibat tidak dapat dibaiki akibat pengeboman dan pertempuran.

Sehingga 11 November, menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) tujuh daripada lapan belas ambulans di utara masih berfungsi tetapi berisiko untuk menghentikan operasi sepenuhnya dalam beberapa jam akan datang kerana kehabisan bahan api.-Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast