Raphael Dwamena. Foto Daily Express.

ALBANIA – Penyerang Ghana, Raphael Dwamena meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung ketika perlawanan Liga Albania antara KF Egnatia dan FK Partizani, lapor Persekutuan Bolasepak Albania yang mengesahkan insiden sedih itu.

“Paramedik di atas padang membawanya ke hospital, di mana dia meninggal dunia pada usia 28 tahun,” kata badan induk bola sepak Albania itu.

Dwamena adalah penjaring terbanyak ketika ini dalam liga Albania menerusi sembilan gol.
Untuk rekod, Dwamena memiliki lapan caps untuk Ghana dan pernah dianggap sebagai salah seorang bintang yang semakin meningkat di negara itu.
Paramedik di atas padang membawa Dwamena ke hospital, Fox Sports.
Dia menghadapi beberapa masalah jantung sepanjang kariernya di mana penyerang itu tidak dapat menyertai Brighton pada 2017 kerana masalah kesihatan jantung dan dia akhirnya berpindah ke Sepanyol.

Empat tahun kemudian, pemain Ghana itu rebah semasa perlawanan di Austria antara pasukannya, Blau-Weiss Linz dan Hartberg tetapi pulih dan meneruskan kariernya.

Untuk mengenang Dwamena, Persekutuan Bolasepak Albania memutuskan untuk menangguhkan semua perlawanan liga bagi memberi penghormatan terakhir buat mendiang. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast